BUFDAY NEW LIFE

16 SEPTEMBER 1991
Hari ini genaplah umur aku 18 tahun... Umur tidak penting tapi diri aku yang lebih penting... Buat apa aku berumur 50 tahun tapi diri tak meningkat?....
So, Pada hari yang menarik ini, Aku lahir sebagai orang baru, jiwa baru, diri baru, azam baru, kemahuan baru, dan matlamat aku sahaja tetap sama... Menuju kepada..... FIKIRKANLAH....

So... mulai sekarang aku perlu menjadi diri baru dan tak akan seperti dulu dan dulu sedulunya... Mulai saat ini, diri baru aku akan terbentuk. Well, kita perlu jadikan bufday kita satu titik permulaan baru, dan bukannya adat setiap tahun....
READ MORE ...

MENJIWAI BONSAI

"BONSAI"
Aku baru je nak menjiwai Dunia Bonsai nih, berbanding ngan abang adik aku semuanya dah pro dan sudah lama terjebak ngan dunia Bonsai nih.... termasuklah ngan adik aku yang umur baru 10 tahun... dah tanam bonsai durian.... hee...

So kali nih giliran aku pula nak mencebur dunia nih.... kesenian Bonsai boleh melatih kreativiti tau tak... banyak kelebihan Bonsai nih.. Bonsai menggambarkan diri aku.. Mahal, Growing, Matang, Berseni, Unik, Hijau tenang, Memberi oksigen dan melembutkan Hati aku yang keras macam batu... Ayah aku kata bila sedang buat Bonsai, mesti kena buat dengan penuh rasa sayang, cinta, dan kelembutan..... Jelas sekali semua kelebihan Bonsai ini amat bagus untuk aku... memang aku perlukan jiwa bonsai ini....

Aku yakin lah pasti seorang panas baran akan lembut hatinya jika main Bonsai....
So, Start daripada kelmarin 13 september 2009, aku mula belajar Bonsai daripada ayah dan abang adik aku.... Kelmarin aku belajar repoting... iaitu menyalin tanah bonsai yang tak elok.... Tujuan repoting nih ialah untuk memudahkan air mengalir ke dalam tanah daripada bertakung di kawasan atas tanah.... tujuan lain pula ialah untuk melembutkan tanah supaya pokok bonsai dapat grow dengan lebih sihat.....

Hari nih pula, aku belajar Cabut daun, tujuannya ialah untuk menyalin daun-daunnya yang terlalu besar kepada kecil... Dan diantara tujuan lain pula ialah untuk membiarkan akar Bonsai tersebut grow dulu... kerana jika daun tak dicabut, Segala makanan bonsai itu terpaksa berkongsi dengan daun dan akar... So oleh kerana nak tumbuhkan akarnya dulu, aku perlu buang daunnya....

So, thats mean aku dah dapat 2 lesson dah..... TERIMA KASIH banyak-banyak....esok pula...
READ MORE ...

VIDEO INSPIRASI AKU

Hari ni aku nak berkongsi tentang usahawan..... Aku terjumpa satu video nih mengenai diri korang yang sepatutnya berjaya tetapi dihalang oleh pemikiran...... rujuk semula ketika korang masih kanak-kanak, korang selalu kata korang boleh jadi apa sahaja.... tapi bila dah besar panjang.... kemahuan korang terhenti.... akal korang disalut dengan pemikiran terbatas.... sedangkan di mana saja korang berada, korang boleh lakukan apa sahaja..... guna akal korang.... bebaskan akal korang... aku pun bebaskan akal aku juga... berfikiran lebih terbuka dan kreatif.... gud luck !


READ MORE ...

COOL WORLDWIDE WEB








Kenapa aku suka BLOGGER, FLICKR, GOOGLE, YOUTUBE?

Well, diorang nih berbeza daripada yang lain.... Service diorang lebih hebat dan world wide. Kewujudan diorang memberi aku banyak idea.... aku banyak belajar apa-apa sahaja dari diorang nih.....

Blogger
Di Blogger aku boleh buat banyak bende... Contohnya bisnes, diari, tempat berkongsi ilmu, dan tempat hiburan.... Banyak idea yang boleh diapplykan pada Blogger nih.... Di antara Blog aku ialah KAMI BLOggER.

Flickr
Di Flickr aku boleh tengok-tengok gambar yang best dan menarik....aku banyak dapat sumber kreatif di Flickr.... Diantara gambar yang aku selalu tengok ialah graphic, dan shirt design.

Google

Hmmm....pada awalnya aku menggunakan YAHOO search, tapi Yahoo tak dapat memberikan pilihan website yang best...So tetiba je terguna GOOGLE..... suddenly google show me the best result..... Since ari tu, aku terus guna GOOGLE... best..

Youtube
Hoho....di sinilah sumber hiburan, ilmu, movie yang aku suka layan..... banyak yang aku belajar dari sini.... Youtube pun worldwide gila gila lah..... might be alien kat pluto pun guna youtube gak...hoho...

So, thats why i like them..... how bout yaww...?...
READ MORE ...

SEBELUM MULA BLOGGING

Ini perjalanan aku sebelum aku jadi seorang BLOGGER.... Aku akan cerita peringkat demi peringkat untuk lihat perbezaan dulu dan sekarang. So, aku mulakan dengan umur lebih kurang 13 tahun (tingkatan satu)...


Waktu ini aku mula meminati "MAGIC" dan "PARKOUR"...Di bawah ini diantara video video aku waktu dulu-dulu... So, aku terjebak ngan magic dan parkour sehingga tingkatan 4...lol... Aku tahu aku banyak membuang masa aku yang sepatutnya diluangkan kepada pembelajaran.. PMR pun teruk....

MAGIC


PARKOUR


Kemudian ketika aku berumur 15 tahun(tingkatan 3), Aku terjebak pula dengan BEATBOX... Di bawah nih diantara video-video aku waktu dulu...

BEATBOX




So, aku main beatbox nih sampai Form 5.... Dan yang last sekali, Waktu FORM 4...aku terjebak dengan MENTAL CALCULATOR... Mental calculator ini ialah mengenai mathematic... pengiraan selaju kalkulator... aku terlalu asyik ngan matematik sehingga tak study subjek lain sehinggalah result SPM tak bagus... matematik je A1..

Waktu Form 5, aku juga mulakan bisnes design kasut, baju, dinding dan design kad dekat sekolah.... Memang idea waktu FORM 5 datang bertimbun-timbun...lol...
Tambahan pula waktu FORM 5, aku dah tahu aku akan ke PLKN.... Sesuai sangatlah dengan diri aku... Di sekolah pun banyak kali dah kena BLACKLIST sebab panjat bangunan Sekolah... Thats why dapat PLKN kumpulan 3....
So.. nak dekat EXAM jaa aku berhenti semua bende yang aku buat tu... NO MORE...

Akhirnya aku berjaya tamatkan sekolah dan aku mula terjebak dengan BLOGGER...hoho...
Banyak bende yang aku boleh buat dengan BLOGGER...Apa yang penting ialah bagaimana akal aku berfikir...... pemikiran terbuka dan kreatif je yang boleh menggerakkan ciptaan baru...betul tak?...

Kesimpulannya, perjalanan hidup aku yang dari awal penuh dengan keremajaan tuh untuk memberikan aku pengalaman dan kemahiran sahaja... Dan matlamat aku bukanlah blogger, tetapi matlamat aku ialah ke arah yang satu.....fikirkanlah...
READ MORE ...

1 WORLD FOR US

Adakah kita sedar bahawa kita sedang berada di atas bumi ? Kita sangka kita berada di Malaysia... tapi yang lebih tepat sekali kita sedang berada di atas bumi.. Tak kira dimana pun kita berada. Kenapa kita perlu sedar tentang perkara ini? Of course lah kita perlu sedar sebab bumi ini ibarat sebuah kapal di angkasa
dan kita ini adalah anak kapalnya...
kalau kita rosakkan sebahagian kapal kita, adakah kapal kita akan berjalan dengan elok?
Fikirkanlah....... sudah terlalu ramai yang pentingkan diri sendiri. Mereka inilah yang mencemarkan BUMI kita.
Oleh itu, aku cuma nak menanamkan sikap 1 WORLD FOR US di dalam diri kita semua.... Kerana aku sayang bumi ini.
Korang semua tak sayang ke? Korang pun sebahagian daripada tanah juga.. takkan plastik kot...
Mungkin korang juga berharap orang lain juga menjaga bumi ini dari pencemaran, tapi seelok-eloknya biarlah semua itu bermula dari diri kita sendiri............ fikirkanlah.. bagaimanakah keadaan bumi kita jika masuk tahun 2020... Samaada kita capai wawasan ataupun ...........fikirkanlah...
READ MORE ...

KENAPA "MENGORAT" ?

Salam, Aku kini sedang menjalani PLKN dan telah menempuh banyak halangan dari luar dan juga dari dalam diri....

So, aku nak sangat berkongsi satu perkara ini supaya anda juga jelas...iaitu:
Jangan buang masa mengorat perempuan!

Kenapa?

  1. Belum tiba masa untuk buang masa meluangkan masa mengorat perempuan.. Aku masih muda, dan perlu memikirkan matlamat aku!.. Aku mesti melengkapi ROHANI, MENTAL dan FIZIKAL aku.... Nape lah aku nak mengorat perempuan jika aku perlu menumpukan pada matlamat utama aku..? Ibarat tengah kunyah nasi sambil minum air dan juga menyanyi.. So, aku perlu selesaikan satu persatu yang mana lebih utama..... Perempuan bukan perkara utama lagi... Allah yang tentukan mereka kepada aku..... JODOH!
  2. Aku telah berfikir, apa yang aku nak buat jika aku ade awek?.... So, nampaknya langsung tak terasa apa-apa nak buat.... So, pendek kata tak payahlah....
  3. Perempuan akan menjadi penghalang kepada apa yang aku nak belajar di PLKN... Sebab kalau dah couple, nak kena jaga diorang.... So akan mengganggu pembelajaran aku di PLKN... 100% aku tak nak lagi...bukan masanya lagi...
Yang paling jelas sekali, aku bukan hidup untuk perempuan... so agak-agak korang, aku hidup untuk apa..... fikirkan..hoho...bye...
READ MORE ...

SAPE KATA PLKN TAK BEST?

SALAM, Arinih aku holiday 5 hari setelah menjalani latihan di PLKN !! HoHo....Banyak cerita yang aku nak kongsi di sini.....Sebelum ape-ape, Aku nak maklumkan kepada anda bahawa KamiBlogger tetap berjalan seperti biasa... Aku dapat kawal di PLKN...Meeting pun dalam Phone je....hoho...oklah...nih crita aku di PLKN



Cerita 1

pada kali pertama aku tiba di PLKN, aku banyak memerhati perangai-perangai remaja seusia aku nih...
99 peratus pelatih PLKN nih hisap rokok, rempit, bercakap dengan slang kasar..... Kesemua ini aku tidak terjebak, so oleh kerana aku tak nak dipandang orang lain sebagai budak skema ataupun kaki komputer, aku pun tiru aje perangai diorang kecuali rokok....hoho...

Cerita 2

Di PLKN, aku perlu menampilkan diri aku yang sebenar....Maksudnya aku dilatih oleh jurulatih untuk berani bercakap di hadapan orang ramai .. pada peringkat awal aku bercakap di hadapan orang ramai, aku malu dan segan... Gelak kuat dah jadi slow, Senyum yang lebar menjadi pendek, muka excited jadi segan, muka bodo jadi lagi bodo.... So, selepas aku sedar tentang perkara-perkara nih... Aku buang semua tanggapan negatif aku dan menjadi diri aku sendiri .."Aku lah pelakon utama atas dunia ini!"

Cerita 3

Di PLKN, lelaki digelar wira dan perempuan digelar wirawati, So wira sudah tentu akan tersangkut pada seorang wirawati... jangan tipulah.. mana-mana makhluk yang pergi kem pasti akan gatal mata... bukannya masalah resdung pun... tapi masalah penyakit cuci mata... So, aku luangkan masa berfikir mengenai hal ini dahulu...
Kenapa aku nak ngorat wirawati sedangkan Allah yang tentukan jodoh kan?... Kalau kata nak saja-saja seronok ngan wirawati, Nak buat pe, Aku ade matlamat utama dan nak belajar semua ilmu yang diberi oleh jurulatih, So nape aku nak letak hijab wirawati di tengah perjalanan hidup aku?... Sia-sia je... Setelah berfikir begini, Aku menjalani hidup dengan lebih selesa....

Cerita 4

Kalau dah kata PLKN kumpulan ke tiga, mesti semua orang dah boleh agak dah pergaduhan antara pelatih... YES!.. dah tentu, So, banyak kes bergaduh antara cina melayu india....Yang bestnya, kalau dah gaduh, pasti akan damai semula....Bila damai, musuh-musuh ni akan bersatu dan membentuk geng baru pula.... GaNazzzzz....hohoho

Cerita 5

Di PLKN, tak sama seperti di dunia luar....kalau di luar pencuri motor curi motor, polis hukum pencuri je....tapi kalau di PLKN, pencuri plus mangsa plus penonton plus orang yang tak tahu apa pun dan orang skema semua kena tibai..!! Memang adil, baru ada kerjasama... Bukan salah cara PLKN nih, Aku tahu niat diorang nak kami semua bekerjasama dan sehati sejiwa bersefahaman.. HoHo

Cerita 6

Percaya atau tidak, sebenarnya PLKN mengajar aku menjadi usahawan yang lebih baik dari sebelum nih..... Aku menjalani kelas yang menampilkan yang terbaik dari dalam diri aku dan diri orang lain.... Ibarat aku sekarang menjalani kursus yang bernilai beribuan ringgit.... 99 peratus pelatih sudah bekerja dan tidak sambung belajar... So, adakah diorang ini akan bekerja di bawah orang seumur hidup? Sudah tentulah mereka perlu mencari bakat yang ada di dalam diri mereka supaya mereka dapat tampilkan yang terbaik dari dalam diri... Apabila mereka menjumpai bakat mereka, dengan bakat itulah akan wujud usahawan yang baru lain daripada yang lain....

So, setakat ini sahaja cerita aku. Aku akan sambung lagi secara langsung di PLKN...Sekarang aku akan enjoy cuti 5 hari ni puas-puas...hari khamis nak kene masuk PLKN semula...... salam...moga anda semua mendapat manfaat daripada cerita aku..
READ MORE ...

SEBELUM PERGI PLKN

Hari nih 14 jun 2009 hari AHAD jam pukul 10:50 malam... aku masih ade 50 jam dan 10 minit sebelum pergi PLKN...... memang best cuma tak dapat uruskan Komuniti KAMI BLOggER je....
walaupun tak dapat uruskan KAMI BLOggER ...Aku pasti
Family aku can do better than me...aku cuma perlu yakin je semuanya berjalan ngan lancar....

Pendapat aku terhadap PLKN?
Hmmm.....jangan tanya...hoho.....aku suka laa....sebabnya :


Rambut botak...nah...tak kisah...
nih last camp lorh untuk age muda muda camni...taknak ahh pegi camp umur 700 tahun...waktu umur 700 tahun aku nak pegi travel kat serata world...

Aku boleh perbetul balik diri aku.... sejak aku tamat sekolah, memang aku takde rehat sebab mengadap komputer je ... memang PLKN nih sesuatu yang Allah tentukan untuk aku supaya aku boleh balancekan balik gaya hidup aku....( Bayangkan lah cara aku hidup sebelum nih...time tidur aku pada waktu siang je...selama 5 jam...malam2 aku stayup buat ape bende ntah...keje fikir je sampai otak besar ) bukannya tak boleh buat semua nih...tapi mesti kena buat dalam peraturan...be professional...

Aku boleh kenal diri aku bila duduk dalam ramai2 orang ...sebelum nih aku duduk alone ngadap komputer je..... so otak memang berjalan tapi jiwa kecik.... so aku kena keluar bersama-sama orang ramai untuk hidupkan jiwa.

Allah yang tentukan sebab waktu awal awal form 5, aku dapat tau aku boleh pergi PLKN...so syok gila lah.... syok sebab tak tau lepas habis sekolah nak buat paa....waktu tuh mana blogging lagi........tapi selepas habis form 5, aku tertunggu-tunggu lah nak gi PLKN bulan 6 tahun 2009 nih...... punya penat menunggu, aku giveup menunggu je lah...aku perlu buat sesuatu... pastu suddenly aku mula blogging berpunca daripada kakak aku "kaknur" ...ramai kenal die.... die yang uruskan produk family FCUmiracle contohnya seperti MIRACLE mask yang berkesan menanggalKAN jerawat tanpa kesan sampingan...ok back to the story.... aku mula blogging pada awal bulan 2.....aku bukannya buat blog personal tapi buat blog bisnes terus lol.......aku tak tahu nak bisnes ape....so kaknur bagilah aku idea buat web banner....aku pun rase yakin sangat lah waktu tuh, terus je buat blog pastu tetibe je ade orang tempah banner dari aku tengahari pada hari pertama aku buat blog....

So, aku dah mula faham lah camne kaknur bisnes online nih...camne nak buat marketing ngan camne nak deal ngan customer.... semakin hari semakin faham sampai aku keliru...huhu..... day by day bergerak....suddenly bulan ke 4 aku baru tersedar aku nih peserta PLKN lah....bulan 6 nak pegi dah...so pasti tertangguh keje bisnes online nih.....

so, aku pun teruslah check senarai peserta PLKN secara online.... tiba-tiba lorhh.... nama aku tak tersenarai pulak... syok gila lorhh.... boleh lah aku continue bisnes online......

Memang waktu tuh aku rasa Allah tentukan gitu sebab aku nak kena uruskan bisnes online nih.... Tapi diakibatkan Tetiba je aku ade macam-macam idea best ngan online....aku mula wujudkan FCUBOOK, FCUMALL, FCUBANNER, FCUCOMMUNITY ngan FCU-BACKTOSCHOOL.......waktu nih lah tetiba je datang surat PLKN kata "Tahniah ! Anda telah terpilih untuk menjalani program latihan khidmat negara selama 3 bulan di padang besar Perlis"....

Ucapan tahniah tuh lah yang melucukan aku......aku yakin Allah tentukan begini sebab gaya hidup aku tak seperti manusia dah.... memang pelik mengadap komputer siang dan malam sampai lupa nak tidur, lupa nak makan, lupa nak minum, lupa nak keluar rumah, dan lupa nak shutdown komputer...hoho...tapi satu je yang aku tak lupa.... Aku tak lupa Allah.... aku yakin sebab tuh lah Allah tentukan aku ke PLKN supaya aku boleh seimbangkan balik gaya hidup aku....
Alhamdullilah........

Lagipun aku lebih terasakan PLKN nih seperti percutian 90hari di seberang laut...perrrrlisss...
So, totally sekarang aku rasa seronoklah dapat pergi ke plkn......
Aku cuma nak jadi orang baru je ......... thankssss...
READ MORE ...

SEBALIK TABIR BLOGGER HUNTER

Hari ni, aku nak ceritakan bagaimana kami(FCUTEAM) bertugas di sebalik BLOGGER HUNTER nih.

Kami telah banyak kali meeting pagi dan malam membincangkan Contest yang boleh meningkatkan TRAFIK semua ahli KAMI BLOggER. Terdapat banyak sudut yang kami fikirkan supaya CONTEST ini berjalan lancar.



SUDUT PERTAMA : KELEBIHAN DAN KEBAIKAN

Bagi memastikan semua orang menerima kelebihan dan kebaikan, kami telah membuat sistem menerima soalan daripada setiap ahli. So, peserta perlu memburu di dalam blog pemberi soalan untuk mencari jawapan....Maka akan wujudnya TRAFIK di situ...

SUDUT KEDUA : PENAJA
Kami telah membuka pintu kepada semua orang yang berminat untuk menaja di dalam CONTEST BLOggER HUNTER dan menerima banyak penaja yang ingin menaja, terima kasih kepada semua yang menyokong KOMUNITI ini. Disini aku akan senaraikan semua PENAJA yang menaja hadiah untuk BLOggER HUNTER :
Terima kasih kepada mereka. Tanpa mereka, BLOggER HUNTER tak mungkin akan berjaya.

SUDUT KETIGA : HARI PERTANDINGAN
Kami juga mengambil kira hari pertandingan supaya tidak mengganggu hari kerja peserta. Oleh itu kami telah memilih 3 hari iaitu JUMAAT, SABTU dan AHAD.

Banyak lagi sudut-sudut lain yang kami bincangkan.
So, setelah selesai meeting, kami telah bertungkus-lumus menyiapkan BLOG khas untuk BLOggER HUNTER.

Pada hari terakhir pertandingan, kami telah menerima jawapan daripada peserta dan kami bertungkus-lumus menyemak semua jawapan sehingga subuh. Akhirnya, segalanya selesai sebelum 6:00 pagi.

Bagi aku, kami telah berjaya mencapai objektif utama kami iaitu menceriakan, mengeratkan, dan juga membuka minda sesama ahli walaupun kos untuk pertandingan ini mencecah RM500.
READ MORE ...

KAMI BLOGGER ADS


Iklan ni ialah yang pertama aku hasilkan... aku ikut style iklan maxis kat TV .... komen ye... maybe i need to fix sum.... huhu.. your komen amat dialu-alukan... :) READ MORE ...