MENJIWAI BONSAI

"BONSAI"
Aku baru je nak menjiwai Dunia Bonsai nih, berbanding ngan abang adik aku semuanya dah pro dan sudah lama terjebak ngan dunia Bonsai nih.... termasuklah ngan adik aku yang umur baru 10 tahun... dah tanam bonsai durian.... hee...

So kali nih giliran aku pula nak mencebur dunia nih.... kesenian Bonsai boleh melatih kreativiti tau tak... banyak kelebihan Bonsai nih.. Bonsai menggambarkan diri aku.. Mahal, Growing, Matang, Berseni, Unik, Hijau tenang, Memberi oksigen dan melembutkan Hati aku yang keras macam batu... Ayah aku kata bila sedang buat Bonsai, mesti kena buat dengan penuh rasa sayang, cinta, dan kelembutan..... Jelas sekali semua kelebihan Bonsai ini amat bagus untuk aku... memang aku perlukan jiwa bonsai ini....

Aku yakin lah pasti seorang panas baran akan lembut hatinya jika main Bonsai....
So, Start daripada kelmarin 13 september 2009, aku mula belajar Bonsai daripada ayah dan abang adik aku.... Kelmarin aku belajar repoting... iaitu menyalin tanah bonsai yang tak elok.... Tujuan repoting nih ialah untuk memudahkan air mengalir ke dalam tanah daripada bertakung di kawasan atas tanah.... tujuan lain pula ialah untuk melembutkan tanah supaya pokok bonsai dapat grow dengan lebih sihat.....

Hari nih pula, aku belajar Cabut daun, tujuannya ialah untuk menyalin daun-daunnya yang terlalu besar kepada kecil... Dan diantara tujuan lain pula ialah untuk membiarkan akar Bonsai tersebut grow dulu... kerana jika daun tak dicabut, Segala makanan bonsai itu terpaksa berkongsi dengan daun dan akar... So oleh kerana nak tumbuhkan akarnya dulu, aku perlu buang daunnya....

So, thats mean aku dah dapat 2 lesson dah..... TERIMA KASIH banyak-banyak....esok pula...

4 comments:

  1. bkak la blog ni.

    http://www.bonsaikita.blogspot.com/

    hehe;))

    ReplyDelete
  2. thanksss dinie.... minat bonsai gak ke?

    ReplyDelete
  3. salam ramadan dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    selamat hari raya aidilfitri salah silap harap ampun dan maaf..

    "Ramailah orang memasang pelita,
    berbaju melayu cantik ceria,
    Salam dihulur kemaafan dipinta,
    Menyambut aidilfitri hari mulia"

    bonzai.... bonzai... ramaai peminatnya tersendiri...boleh buat duit.. lagi bantut lagi mahal..

    ReplyDelete