SAPE KATA PLKN TAK BEST?

SALAM, Arinih aku holiday 5 hari setelah menjalani latihan di PLKN !! HoHo....Banyak cerita yang aku nak kongsi di sini.....Sebelum ape-ape, Aku nak maklumkan kepada anda bahawa KamiBlogger tetap berjalan seperti biasa... Aku dapat kawal di PLKN...Meeting pun dalam Phone je....hoho...oklah...nih crita aku di PLKN



Cerita 1

pada kali pertama aku tiba di PLKN, aku banyak memerhati perangai-perangai remaja seusia aku nih...
99 peratus pelatih PLKN nih hisap rokok, rempit, bercakap dengan slang kasar..... Kesemua ini aku tidak terjebak, so oleh kerana aku tak nak dipandang orang lain sebagai budak skema ataupun kaki komputer, aku pun tiru aje perangai diorang kecuali rokok....hoho...

Cerita 2

Di PLKN, aku perlu menampilkan diri aku yang sebenar....Maksudnya aku dilatih oleh jurulatih untuk berani bercakap di hadapan orang ramai .. pada peringkat awal aku bercakap di hadapan orang ramai, aku malu dan segan... Gelak kuat dah jadi slow, Senyum yang lebar menjadi pendek, muka excited jadi segan, muka bodo jadi lagi bodo.... So, selepas aku sedar tentang perkara-perkara nih... Aku buang semua tanggapan negatif aku dan menjadi diri aku sendiri .."Aku lah pelakon utama atas dunia ini!"

Cerita 3

Di PLKN, lelaki digelar wira dan perempuan digelar wirawati, So wira sudah tentu akan tersangkut pada seorang wirawati... jangan tipulah.. mana-mana makhluk yang pergi kem pasti akan gatal mata... bukannya masalah resdung pun... tapi masalah penyakit cuci mata... So, aku luangkan masa berfikir mengenai hal ini dahulu...
Kenapa aku nak ngorat wirawati sedangkan Allah yang tentukan jodoh kan?... Kalau kata nak saja-saja seronok ngan wirawati, Nak buat pe, Aku ade matlamat utama dan nak belajar semua ilmu yang diberi oleh jurulatih, So nape aku nak letak hijab wirawati di tengah perjalanan hidup aku?... Sia-sia je... Setelah berfikir begini, Aku menjalani hidup dengan lebih selesa....

Cerita 4

Kalau dah kata PLKN kumpulan ke tiga, mesti semua orang dah boleh agak dah pergaduhan antara pelatih... YES!.. dah tentu, So, banyak kes bergaduh antara cina melayu india....Yang bestnya, kalau dah gaduh, pasti akan damai semula....Bila damai, musuh-musuh ni akan bersatu dan membentuk geng baru pula.... GaNazzzzz....hohoho

Cerita 5

Di PLKN, tak sama seperti di dunia luar....kalau di luar pencuri motor curi motor, polis hukum pencuri je....tapi kalau di PLKN, pencuri plus mangsa plus penonton plus orang yang tak tahu apa pun dan orang skema semua kena tibai..!! Memang adil, baru ada kerjasama... Bukan salah cara PLKN nih, Aku tahu niat diorang nak kami semua bekerjasama dan sehati sejiwa bersefahaman.. HoHo

Cerita 6

Percaya atau tidak, sebenarnya PLKN mengajar aku menjadi usahawan yang lebih baik dari sebelum nih..... Aku menjalani kelas yang menampilkan yang terbaik dari dalam diri aku dan diri orang lain.... Ibarat aku sekarang menjalani kursus yang bernilai beribuan ringgit.... 99 peratus pelatih sudah bekerja dan tidak sambung belajar... So, adakah diorang ini akan bekerja di bawah orang seumur hidup? Sudah tentulah mereka perlu mencari bakat yang ada di dalam diri mereka supaya mereka dapat tampilkan yang terbaik dari dalam diri... Apabila mereka menjumpai bakat mereka, dengan bakat itulah akan wujud usahawan yang baru lain daripada yang lain....

So, setakat ini sahaja cerita aku. Aku akan sambung lagi secara langsung di PLKN...Sekarang aku akan enjoy cuti 5 hari ni puas-puas...hari khamis nak kene masuk PLKN semula...... salam...moga anda semua mendapat manfaat daripada cerita aku..

1 comment:

  1. Dengar mcm best nie!Teringat waktu kene
    pegi Kem Birotatanegara wak2 di Kolej
    dulu..MMG BESTTT!!Dpt ramai kwn,dpt bnyk pengalaman!

    ReplyDelete